Sedikit pengalaman saya berkenaan kerjaya tuisyen :
Nama saya Yusnizam Mohamad Yusoff a.k.a Master Yus. Graduan Universiti Malaya dalam bidang Teknologi Maklumat. Walaupun saya bukan dalam bidang pendidikan namun sebenarnya semua orang boleh bergelar cikgu tuisyen (kerana bidang ini tidak pernah ditawarkan di universiti seluruh Malaysia).
Saya mulakan tuisyen secara sambilan 8 tahun yang lalu, semasa saya belajar di matrikulasi. Dengan upah yang dibayar maka dapatlah menampung perbelanjaan bulanan. Namun waktu itu tidaklah lumayan.
Apa yang menariknya, saya langsung tidak pernah terfikir untuk serius dalam kerjaya ini. Sehinggalah ketika belajar di UM, saya teruskan dengan tuisyen ini dan saya dapati simpanan saya semakin bertambah. Sedangkan waktu itu masih lagi secara sambilan.
Yang lebih menarik, dengan hanya pendapatan tuisyen yang saya lakukan saya mampu untuk ke jinjang pelamin dengan hantaran yang besar (RM 10,000). Hakikatnya memang benar. Jika tak percaya boleh tanya isteri saya, apabila anda datang seminar nanti. Mak, abah pun terkejut ketika itu, mereka tahu saya belum ada kerja tetap dan masih belum konvo lagi. Tetapi mampu untuk berkahwin. (Belanja kahwin sekarang bukannya sikit).
Kawan, saya lakukan tuisyen bermula petang selepas pelajar balik daripada sekolah. Hanya 4 jam sahaja. Pagi saya jaga anak-anak kesayangan saya. Puas lihat anak membesar.
Dan kini, saya bebas dengan masa yang saya uruskan sendiri tanpa rasa tertekan dikongkong oleh majikan. Gaji? Saya tidak ada gaji, tetapi pendapatan saya memang sangat lumayan hasil kerja tuisyen sepenuh masa sehingga hari ini. Malah mampu membuat pinjaman kereta dengan bank statement sahaja. Kini saya menampung 2 orang puteri hanya dengan pendapatan tuisyen. Belanja rumah, bil-bil, minyak kereta, dan segala perbelanjaan mampu ditanggung tanpa ada bebanan hutang. Dan yang paling menggembirakan dapat melihat anak-anak membesar di depan mata tanpa ada orang gaji.
Bukan niat saya untuk berbangga atau menunjuk-nunjuk, tetapi saya rasa terpanggil untuk memberitahu bahawa industri tuisyen memang sangat berbaloi dan memberi pulangan yang sangat lumayan. Dan telah masuk tahun keempat seminartuisyen.com telah dijalankan hasil permintaan yang tinggi di luar sana untuk mencuba lakukan tuisyen. Ramai yang telah mendapat manfaat daripadanya. Dan ada juga yang telah mengambil langkah berhenti kerja makan gaji setelah rasa berbaloi memulakan tuisyen.
Seminartuisyen Dot Com yang saya jalankan ini bertujuan sebagai alternatif kepada bagaimana hendak mendapatkan sumber pendapatan sampingan hanya dengan mengajar tuisyen secara sambilan. Sangat beruntung jika anda mencuba bidang tuisyen yang sememangnya terbukti boleh menjana wang tambahan bagi menampung belanja bulanan anda. Tak cuba mana akan tahu keseronokannya!
Wednesday, March 24, 2010
Tak kenal maka tak BEST!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


http://www.seminartuisyen.com/index.php?ref=1
ReplyDelete